Monday, September 30, 2013

maut kritikal lepas makan kenduri di tanjung dawai kedah

 Maut 2 Kritikal Lepas Makan Kenduri di Sungai Petani

3 Maut 2 Kritikal Lepas Makan Kenduri di Sungai Petani | Tiga termasuk seorang kanak-kanak dan warga emas meninggal dunia, manakala dua lagi kritikal dipercayai akibat keracunan makanan selepas menikmati jamuan di majlis kenduri kahwin di sebuah rumah di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani pada Sabtu lalu.

Sehingga petang semalam, pihak hospital menerima 70 kes, iaitu 35 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, 30 di Hospital Yan (HY) serta lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan dijangka meningkat.

Mohd Nor Rahmat Yusof, 11, yang pengsan di rumahnya di Kampung Singkir Laut, Sungai Petani meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HY pada jam 1 tengah hari semalam.

Seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nurshazana Mohd Rashid, 24, pula meninggal dunia selepas pengsan di rumahnya di Kampung Tempoyak, Bedong, pada jam 12.45 tengah hari dan dihantar ke HSB, manakala Ibrahim Muhamad, 62, dari Alor Jejawi, Kuala Besut Terengganu, meninggal dunia jam 6.30 petang di HSAH.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat, berkata dua yang kritikal, iaitu lelaki termasuk seorang kanak-kanak sedang dirawat di HASH.

Tambah beliau, tiga mangsa disahkan mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas menikmati makanan pada majlis kenduri kahwin itu. Katanya, semua mangsa mendapat rawatan mengalami muntah dan cirit-birit hingga menyebabkan dehidrasi serius.

Sehingga petang semalam, pihaknya masih mengesan punca dan jenis virus yang menyerang pesakit bagi tindakan lanjut.

“Kita minta orang ramai yang mengalami demam, cirit-birit dan muntah selepas menghadiri majlis berkenaan segera mendapatkan rawatan di hospital berdekatan bagi mengelak kejadian lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi berkata setakat ini polis menyerahkan kes kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut.




Thursday, September 12, 2013

susu kambing adalah pilihan terbaik selepas susu ibu

iNI DIA…!!.KARIHOME !! 

Apa dia sebenarnya KARIHOME ini?? Bunyi macam pelik jer. Pernahkah anda mendengar perkataan KARIHOME.... satu satunya susu kambing yg ada untuk baby yg bawah 12 bulan

Step1 bayi baru lahir hingga 6 bulan
Step2 bayi 7 bulan hingga 12 bulan

Kenapa susu kambing terbaik selepas susu Ibu dan khasiatnya hampir menyerupai susu ibu.


Kenapa dan Mengapa?? Pastinya pembaca ingin tahu kan? Di bawah ini ada penulis google

1. Bersifat AlkaliDidalam dunia ini hanya terdapat 3 jenis susu utama yg bersifat alkali iaitu susu ibu, susu kambing, dan susu ikan lumba=lumba. Kenapa sifat alkali bagus? Contoh mudah yg saya ingin utarakan ialah bolehkah susu lembu dijadikan sabun muka sepertimana susu kambing? he..he… sabun susu lembu…ada tak? ada tak? Tidak ada kan?? Sifat asid (masam) sememangnya menjadi racun atau memudaratkan jika melebihi had.

2. Mengubati penyakit alahan Termasuk penyakit alah kepada susu lembu. Anak/anak yang mempunyai masalah enzema memang amat sesuai minum susu kambing kerana susu kambing tidak ada protein alahan sebagaimana yang terkadnung dalam lemak susu lembu.

3. Struktur kimianya yang ringkas Struktur kimia susu kambing yang ringkas menyebabkan ia mudah dicerna. Satu sumber mengatakan susu kambing dapat dicerna dalam masa 20min berbanding susu lembu 4jam. Sebab itulah sesetengah orang yg minum susu kambing akan rasa panas badan disebabkan kadar metabolisme (pencernaan) badan yang tiggii.Perbandingan juga dibuat pada saiz partikel susu. Susu kambing mencatat saiz terkecil dituruti lembu dan kerbau.Saiznya lebih kecil dari sel darah merah.

4. Mengandungi anti oksida (cegah barah)- keistimawaan yang dianugerahkan tuhan pada susu kambing yang dapat mencegah penyakit=penyakit yang merbahaya seperti Kancer.

5. Memperbaiki nerve2 @ saraf-saraf pada badan- mampu menguatkan daya ingatan- mengubati penyakit stroke yang melibatkan saraf

6. Kandungan protien yang lebih tinggi dari lembu- mengapa la tak terlintas dalam kepala semua ni? tengok pada kambing kecik ja, tp byk kandungan protien dari lembu.- dapat memberikan bentuk badan yang menarik, sistem kerangka yang kuat, tulang yang padat, vitamin A pada pada plasma darah, kalsium, tiamin, riboflavin, niacin, dan kepekatan sel darah merah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan susu lembu.

7. Menurunkan kadar kolestrol dalam darah- teramat-amat lah sesuai di sarankan kepada mereka yang ada masalah dengan pembuluh darah seperti sakit jantung.

8- Sunnah Nabi- Nabi S.A.W menjadikan susu kambing sebagai minumannya. Kenapa? carik….

9- Manfaat Ibu Hamil-Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan.

10- Manfaat Ibu Menyusu-Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu11- Bayi dan Kanak-Kanak-Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna.
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuatOkey!!
Banyakkkan kelebihan susu kambing… ?? Dadi pembaca sekalian, jom sama-sama kita amalkan minuman sunnah. Sudah lama kita dimomokkan dengan susu lembu. Yahudi laknatullah sudah lama minum susu kambing. Kita yang tidak berapa cerdik ini telah dipergula-gulakan dengan kebaikan susu lembu. Mereka pintar sejak lahir..sejak dalam perut ibu. Kenapa? Kerana mereka mengetahui susu kambing itu bagus dan mnuman nabi kita.
Minuman susu yang paling digemari oleh Nabi Muhammad SAW ialah susu kambing. Susu kambing adalah makanan semulajadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan seharian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, ais krim, keju dan mentega. Pada masa sekarang industri kosmetik mengeluarkan berbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.Memelihara kambing merupakan sunnah nabi-nabi

Walaupun ada unta, soalnya mengapa para nabi ditarbiyahkan dengan mengembala kambing?
1. Kambing ni suka belah jemaah (berpecah). Kalau dalam satu kumpulan kambing mesti ada seekor yang lari. Jadi, kesabaran pengembala teruji.
2. Kambing suka makan rumput. Tapi kambing tak suka makan dekat padang ragut yang disediakan untuknya. Kambing lebih suka makan tanaman jiran. Maknanya, memelihara kambing memerlukan pengawasan yang maksimum dari tuannya.
3. ”Saya pergi Mekah, saya tengok kambing-kambing ini jilat lumut kat atas batu” kata Dr. Jamnul Azhar. Kambing ini jilat lumut yang kaya dengan khasiat-khasiat pemakanan. Kita tak boleh jilat lumut sebab itu kita cuma minum susu kambing. Nabi S.A.W. meminum segelas susu panas sebelum tidur.Tidak terkecuali nabi-nabi itu dari mengembala kambing.Bela kambing mengajar rasa tawadukKenapa tidak unta? Ya la unta kan besar nak dibandingkan dengan kambing. Unta dan kambing diibaratkan kereta Ferrari dan kereta Kancil. Ditakuti jika memelihara unta akan lahir sifat mazmumah seperti sombong, riak dan bangga diri.Sabda Nabi S.A.W.: “Bela la kambing kerana padanya ada barakah/keberkatan” .Nabi S.A.W. disusui oleh ibunya Saidatina Aminah. Kemudiaan diserahkan kepada Halamatus Saadiah sebagai ibu susunya yang kedua.
Memang menjadi kebiasaan orang Arab menyerahkan anak-anak mereka kepada ibu-ibu di kampung yang baik akhlaknya.Susu kambing boleh meningkatkan IQ, EQTerdapat 40 antibodi dalam susu ibu bagi seorang ibu. Jika 2 orang ibu, maka anak itu akan mendapat 80 antibodi.”Adik saya, anak dia disusui oleh 2 ibu. Dia tinggal di Jordan. Dan terbukti anak itu lebih cerdas, cergas dan cerdik .”Susu kambing hampir-hampir sama kandungannya dengan susu ibu.

Jadi susu kambing ni boleh jadi susu alternatif kalau ibu tiada susu.Bagi orang yang minum susu kambing, sama macam menyusu dekat 2 ibu. Dia dapat 80 antibodi. IQ tinggi dan EQ stabil.

Susu ibu + ibu susu (susu awal ibu) = anak hebat.Perbezaan susu kambing dari Barat, Afrika dan tempat-tempat lain. Mana paling baik?Seelok-eloknya susu kambing tempatan. Kambing ni akan makan sehari 40 pucuk yang berbeza menghasilkan 40 antibodi.Susu kambing baik dijadikan sebagai supplement dan BUKAN menggantikan susu ibu.Kadar lemak, protein dan air dalam susu kambing menyamai kadar lemak, protein dan air yang terdapat dalam susu ibu menjadikan susu kambing mudah dicerna dan menghasilkan susu awal ibu (ibu susu).Semua peringkat anak-anak boleh minum susu kambing. Tiada masalah. Termasuklah para remaja, dewasa dan golongan ’ranum’.Susu kambing juga kaya dengan enzim yang diperlukan oleh manusiaBagi orang dewasa, susu kambing juga baik sebagai pelawas yang dapat mengelakkan penyakit undigestable food (sembelit).Susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.Ia juga dapat menguatkan tenaga lelaki dan perempuan.”Perempuan-perempuan yang meragam tu elok diberi minum susu kambing” kata Dr. Jamnul Azhar Mulkan.

Susu kambing tidak akan rosak walaupun dibekukan. Khasiatnya takkan hilang berbanding susu-susu lain, susu lembu contohnya.Sunnah meminum susu kambing pada setiap hari Selasa dan Jumaat.”Susu kambing yang fresh (lepas perah minum terus) tak bau hanyir dan sangat sedap, lemak.” kata Ust. Farid Ravi.”Saya nak bagi petua kalau nak minum susu kambing, masukkan halia sikit, daun palas sikit supaya dia tak bau hanyir” kata Ust. Farid Ravi.
Keistimewaan Susu Kambing Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A. Mengandungi faktor anti-antritis (inflamasi sendi) dan anti barah. Diperakui oleh pakar-pakar kesihatan bahawa susu ini boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastrik, lelah (asma), insomnia dan ulser. Mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Sepanjang temubual sewaktu lawatan dijalankan oleh pihak Unit Ruminen Kecil pada bulan April hingga Mei 1996, rata-rata penternak serta penggemar susu kambing bersepakat mengatakan susu kambing lebih banyak khasiatnya – dalam menyembuh serta mencegah penyakit “dalaman” antara lain:

a. Penyakit demam kuning.b. Penyakit lemah jantung.c. Penyakit darah tinggi/pening-pening.d. Penyakit sendi-sendi dan buah pinggang.e. Penyakit batuk kering.f. Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati.g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.h. Cukup bermanfaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.i. Sesuai diminum di waktu pagi dan malam sebelum tidur.
Wallahu’alam.