Wednesday, February 13, 2013

AKU SEORANG KAPTEN BERSARA

Sepanjang perjalanan dalam kehidupan kerjaya aku bukanlah semuanya dihiasi dgn hilai tawa sahaja ....kesusahan, kepayahan, pahit getir pernah singgah dalam seluruh perjalanan hidup aku.  Namun....... ketabahan, kekuatan dan keazaman yang ada dalam diri mampu membuatkan aku bangkit mara dan mara untuk memastikan kehidupan aku akan jadi lebih baik, lebih bahagia lebih bermakna......

Kapten Bersara (1996 - Julai 2012)
Aku bermula sebagai sebagai seorang anggota tentera di peringkat anggota bawahan dan mula bertapak sehinggalah berjaya menjadi seorang Pegawai Tentera.  Aku amat bangga dengan pencapaian itu, cukuplah untuk membuktikan bahawa aku seorang yang bersungguh-sungguh dan komited dengan apa yg ingin aku kecapi.  Aku sentiasa tanamkan di dalam jiwaku dengan mengingatkan diri ini bahawa jika mahu kan sesuatu, sentiasa berfikiran positif dan berusaha sehingga berjaya mencapainya.

Perbarisan Pentauliahan DiRaja 2002
Setelah mengharungi 16 tahun di dalam dunia ketenteraan, ianya adalah satu kenangan yg cukup indah bagi diri aku.  TUDM telah membentuk diri aku menjadi seorang manusia yang tahu erti budi dan pengorbanan, tahu erti etika, moral dan jati diri..... disiplin sememangnya mainan dunia kami..... meskipun terkadang ada sedikit kekerasan namun semua itu ku anggap lumrah apabila berada di dalam kelompok yang amat aku kagumi ini.  Cukup bermakna bagi diri aku, bermula dari zaman menjalani latihan sehinggalah memikul tanggungjawab untuk menjaga dan memimpin anggota yang bertugas di bawah jagaanku.  Bagi aku mereka bukan anggota bawahan semata-mata,  tetapi semuanya aku anggap sebagai teman seperjuangan dan menjadi tulang belakang untuk aku melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan.  Tanpa mereka mungkin aku tidak akan berdiri sekuat sekarang.

Rakan Seperjuangan... miss all of them
Namun kini, aku telah betekad untuk melepaskan semua pangkat dan tanggungjawab itu,  walaupun perit tapi aku pasrah menyerahkan seluruh jiwa demi keluarga tercinta.  Ini adalah keputusan dari diri aku sendiri, tiada paksaan daripada sesiapa mahupun dari suamiku sendiri.  Aku redha dan pasrah untuk menyerah segalanya kepada yang maha kuasa.  Aku ingin tenang dan berusaha untuk meluangkan lebih masa untuk keluarga terutama kepada anak-anakku.  Aku tidak ingin untuk melepaskan masa berharga melihat mereka membesar tanpa aku disisi mereka.  Demi mereka yang tersayang.......
Suka
Peace Yo

Kini aku begitu senang melihat anak-anak ku membesar di depan mata tanpa perlu meninggalkan mereka jika tanggungjawabku diperlukan ketika bekerja dahulu.  Semoga pilihan aku ini diberkati dan kami sekeluarga sedang menantikan kehadiran ahli keluarga baru kami insyaallah......

Tempat Kerja Ku Yang Terakhir... Labuan 2012
"Terima Kasih"
Kenangan.....
Namun aku akan tetap berusaha mencari rezeki dihaluan yang mungkin agak jauh berbeza.  Mungkin disebabkan aku ini jenis yang payah duduk diam, dan sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan moga ianya mampu membantu kami sekeluarga.  Alhamdulillah pilihan yang aku pilih itu tepat dan tidak salah apabila hasilnya telah pun aku kecapi hari ini.  Pendapatanku hari ini amat amat jauh berbeza dengan apa yang aku dapat semasa bergaji tetap dulu.  Dan kini aku sedang berusaha melonjakkan ke pendapatan 5 angka (insyaallah).  marsya.

1 comment: